seterika moden
Seterika arang dibuat menggunakan tembaga dan rupanya lebih kurang dengan bentuk seterika moden sekarang..bezanya ringan 2 kali ganda... (Aku rasa semua bini orang dulu ada muscle la)....hehehe..Tempat pegang seterika dibuat dari kayu bermutu tinggi ..kalau pakai besi..pejam mata..jerit kuat2 biar sampai doktor dekat hospital dengar..hehehe.
Arang dibakar dahulu sehingga membara. Selepas itu dimasukkan ke dalam badan seterika dan ditutup. Seterika tersebut akan ditekap ke atas daun pisang terlebih dahulu (macam gambar diatas) untuk mengawal kepanasan seterika tersebut supaya bersesuaian dengan pakaian yang ingin digosok…kalau bubuh dekat baju terus..terkoyak la..(masam muka pemakai baju.)
Seterika minyak tanah . seterika ini aku tak tau mcm mana guna..sapa yang tau tu beritahu la..hehehe)
CARA MENGHILANGKAN KESAN SETERIKA ...........>
Sumber ini aku perolehi dari satu info petua untuk menghilangkan kesan akibat seterika..info ini amat bagus untuk dikongsi..sebab ada yang masih belum tahu lagi jika terjadi perkara seperti ini...Cara menghilang kesan seterika ini boleh digunakan untuk semua jenis bencana kerosakan baju...tapi kalau dah berlubang besar..pergi buang je baju tu..hehehe..tak pun jual je kat bundle.hehehe
cara-cara:
- ambil cuka dan campurkan dengan air biasa..mengikut nisbah sama. Contoh satu cawan cuka dengan satu cawan air.
- cari kain tuala yang besih dan suci yang saiznya tidak perlu besar.
- celupkan kain tuala itu tadi kedalam bekas cuka yang dicampurkan dengan air tadi.
- letakkan kain yang dicelup dengan campuran cuka tadi diatas baju atau seluar yang rosak.
- ambil seterika anda dan gosok pakaian yang rosak itu diatas kain tuala yang dicelup campuran cuka tadi.
- gosok sampai anda puas hati..
- lepas tu anda boleh senyum dengan lebar..winkk :)
all picture credit to googel
sumber cara hilangkan kerosakan baju diambil dan diolah dari petua menghilangkan kesan seterika pada pakaian.
13 comments:
retro gilerr.. ak dlu gosok bju letk bju bwah tilam ja....
tu zaman p rmle..haha
Huuu, seterika arang ni memang susah nak jumpa sekarang. Siapa ada tu kira bertuah laa tu. Silap haribulan harganya satu hari nanti cecah riban-riban..
pertama kali saya jumpa seterika guna minyak tanah..yg guna arang tu biasa jumpa
Stylo la iron dolu-dolu..hehe. ;p Tok i pun pkai dolu-dolu..kecik-kecik dulu nmpk gk iron arang tu skrg dh xnmpak daa..
wah suke la ngan tips ne..serius tk tahu pun tips ne tau
terasa pula nak pakai iron dulu-dulu . hik3x!
jum kita cari bhn lama untuk dikenangkn..hihihi
sy cume taw nk ilangkn kesan itam kt iron tuh je..huhuhuhuhu...
cane?
Siapa yang dah cuba huhuhu
jd ke
TIDAK BERKESAN LANGSUNG,
Post a Comment