Sunday, February 27, 2011

BUNUH DIRI...

BUNUH DIRI BOLEH DICEGAH


apabila kita mendengar kes bunuh diri...kita akan sekadar mendengar dan 2 3 minggu kemudian kita akan lupa pasal kes bunuh diri itu.Tetapi kita tidak pernah terpikir secara mendalam  status sosial mereka yang menyebabkan mereka membunuh diri.Jadi selepas korang baca ini..bolehlah  kita  sama-sama  menghalang gejala bunuh diri dari meningkat


gaya bunuh diri yang selalu dilihat
Bunuh Diri Boleh Dicegah
Satu kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia...jangan terkejut pula
  • Di Malaysia sahaja lebih kurang 7 kes berlaku setiap hari
  • Bagi setiap satu kes, 10 hingga 20 lain akan mendapat kesannya
  • Kebanyakkan kes bunuh diri adalah akibat dari kemurungan yang melampau


Punca Bunuh Diri
Tidak dapat menangani tekanan akibat dari:
  • Masalah perhubungan sosial
  • Masalah kesihatan
  • Masalah kewangan
  • Pengangguran
  • Masalah akademik
  • Kemurungan
  • Ketagihan dadah/alkohol
  • Penyakit mental

Bagaimana Mengenali Seseorang Yang Berisiko Untuk Bunuh Diri?
  • Seseorang yang pernah menyebut untuk membunuh diri
  • Cuba membunuh diri di masa lampau
  • Mempunyai ahli keluarga yang telah membunuh diri
  • Mereka yang kesepian contoh balu dan orang tua

Bagaimana Mereka Boleh Dibantu?
  • Ambil kira keluhan dan kata-kata mereka
  • Jadi seorang pendengar yang baik..tapi jangan melawan kata mereka
  • Jangan menghina mereka
  • Pastikan mereka selamatJangan menjanjikan kerahsiaan bila nyawa mereka terancam
  • Dapatkan bantuan pakar profesional 

Sumber : Kementerian Kesihatan

7 comments:

NuR 'aQiLaH said...

penyakit hati pon boleh rasa mcm nak bunuh diri T__T

Miss Tira said...

Orang yang memutuskan nyawa mereka sendiri tidak akan pernah cium bau syurga. Membunuh diri bukan jalan penyelesaian. Ish ish =.=

shereena said...

xda gunanya bunuh diri....

wira2u said...

Semoga kita dilindungi dari godaan syaitan yang terkutuk.. (Amin).

muslim said...

sama2 la kita cegah kejadian sperti ini berulang

WanFadhilah said...

dalam Islam, bunuh diri itu berdosa besar. jadi silalah berfikiran secara matang sblm buat keputusan bunuh diri.. sia2 je hidup selama ni..

tengku ashran said...

bila dah tension camni,diorang sanggup je bunuh diri

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...