Thursday, June 30, 2011

moment penang...best

bila melihat pokok..timbul satu keinginan untuk meneroka lebih jauh kecantikan urat-urat di pohon

cantik apabila seorang wanita rambutnya dihembus oleh desiran angin...dan terbukti cantik merupakan subjektif

oh ini aku...hahahaha

aku lagi

panorama senja ketika berlabuhnya untuk malam harinya





enjoyyyyyyyyy!!


aku dah lama xupdate...esok mungkin ada entry..namun sekarang aku kecewa dengan kerjaan ada sekarang....bulan 7 ni...biar dibuka mata...sapa yang tau bulan 7 tu ada pe.tahniah..anda peka dengan keaadan politik malaysia

Friday, May 27, 2011

penang life part 1..

sekitar kehidupan di penang yang aku lalui dirakam kan
love penang


hiruk pikuk di kota penang..


pantai di pulau betong


keringat rezeki di laut


model A.K.A  adik aku


merenung lautan


laut senja pulau betong


pergi laut (kualiti down sbb xdan seting)


 deretan rumah lama


rumah lama


sekian..sambung part 2 nanti

Thursday, May 12, 2011

kepada orang pahang AHAD ini jangan lupa ye kat kuantan

Satu lagi demonstrasi aman bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng akan diadakan Ahad ini berikutan sambutan luar biasa yang diterima penganjurnya pada Hari Ibu yang disertai tidak kurang 1,000 orang.


aku bukan nak menghasut..tapi untuk selamatkan Malaysia...abaikan politik seketika ..tapi pentingkan kesejahteraan 
1
MALAYSIA

stop LYNAS..........peace no lynas..jauhilah kesan radiasi....

sayangilah negara kita..


SAYA CINTAKAN KEHIJAUAN DAN FAUNA...
 



alhamdulilah

hohohoho...arini tamat la exam untuk final year..
.moga2 dpat keputusan yang baik dan tidak sangkut dalam paper tahun ini...aminn...
arini tak boleh nak post sebab belum berminat nak post...
idea ada..
tapi malas nak meluahkan untuk hari ini.
mahu berehat...


kah kah kah pada isu terkini..

Tuesday, May 10, 2011

gula oh gula...senyumanmu bagaikan gula yang menawan

esok gula naik 20 sen...jadi pada rakan-rakan sekalian esok...jimatkan penggunaan gula...

satu sudu untuk satu minuman ye...nasihat untuk kesihatan  dari aku


alasan yang sering didengar esoknya:

  1. pihak kerajaan akan berkata walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.  dan peniaga haruslah tidak sewajarnya menaikkan harga minuman...

kenapa tak bandingkan harga kereta porton yang diekport keluar dengan harga dalam negara?

Mereka patut mengkaji mengikut pendapatan minimum rakyat. Kenaikan harga gula ni,menyebabkan harga barangan lain pon naik..Kesian rakyat kita....yang hidupnya tidak berapa senang.. 


keh keh keh keh keh




Monday, May 9, 2011

ohoi hoi....hoi...hoi

JAKARTA 8 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bertenang berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sehingga siasatan mengenainya selesai.


hehehehe...kan senang...
guna je internal security act (ISA)..hehehehe
tangkap je..hehehehehe
ape gunanya ISA ..hehehehehe
tak kan untuk tangkap ahli politik pembangkang je..sumbat masuk ISA.hehehehehe
kes mcm ni lagi bahaya...ni boleh kucar kacir negara ini..
hehehehehe
nak siasat pe lagi...tangkap je orang macam tu guna ISA...
tak kan nak wat sumpah laknat pula pasni..
heheheheheehehe

Sunday, May 8, 2011

utusan malaysia..kristian agama rasmi



apa pandangan dengan berita ini..
ini cerita betul ka???
ke nak takutkan orang melayu
bila takut akan undi BN ka??
tolong jangan mempermaikan isu agama
dengan pendedahan dua blog blog pro-Umno
aduihh boleh pakai ke blog tu..ada bukti ka??
 

 
LEPAS SATU-SATU ISU TIMBUL UTUSAN BAWAK MARI
LAST-LAST SENYAP BEGITU TIADA PENGHUJUNG


Saturday, May 7, 2011

sumpah laknat vs mahkamah

sumpah laknat???

kite terus disogokkan dengan perkara sumpah laknat..apa kesalahan akan terus dibuat sumpah laknat bagi mengatakan dia adalah benar...tak perlu ikut role n law in islam...hahahaha..



Sumpah, sumpah tak habis-habis. Masyarakat perlu dididik apa sebenarnya yang dituntut oleh
syariat. Tapi kalau tidak dituntut oleh syariat, tak payah.




hahahaha  kah kah kah kah


mahkamah mcm mana?????perlu ke???haruskah wujud??


bagi aku..sekarang ini  tak perlu buat mahkamah dah..hahahaha
bagi aku sekarang ini kita harus membina balai raya sumpah laknat..
senang...tak perlu bayar gaji mahal2 dekat law, hakim..
wah..menguntungkan negara..dan jimat kos..
hanya dengan membina sebuah tempat untuk membuat sumpah laknat


adakan tender kontrak terbuka untuk membina balai raya  sumpah laknat
senang sikit  rakyat untuk berkumpul nak dengar sumpah laknat..




mahkamah vs balai raya sumpah laknat ( jadi korang pilih mana)


buka minda, buka fikiran...
surat khabar berbahasa melayu..tolong la cite perkara yang dapat meningkatkan knowledge...
bangsa maju dengan ilmu bukan bangsa maju dengan cerita mengarut..






Friday, May 6, 2011

sajak kepada ibu ku.. i luv u mum

semua orang mempuyai gelaran terhadap ibu masing-masing, ada yang memanggil ibu, umi ,emak ,mama, mumy, mum.. tak kisah la apa sekalipun..

kita boleh menelefon kekasih kita setiap hari..namun bolehkan kita menelefon menanyakan khabar terhadap ibu kita setiap hari??tepuk dada tanya selera..

satu perkataan ibu sihat hari ini?? sudah cukup membuat ibumu gembira..

sajak ini aku cipta sendiri untuk emak ku yang tidak pernah jemu mendidikku sehingga aku menjadi insan yang berguna..

bagiku tidak ada istilah sambutan hari ibu pada tarikh tertentu..bagiku hari2 adalah hari untuk ibuku..


 sajak untuk emak ku..

emak,

aku masih ingat
dulunya  engkau  menangis kerana perbuatan aku,
aku masih ingat
dulu engkau banyak berkorban
apa saja demi  aku,

emak..
dulu ku rajin melawan suruhanmu
menolak dengan penuh pelbagai alasan
namun emak
masih bersabar,
masih menyayangiku,

emak,
diriku mohon maaf
ampunkan dosa-dosaku
atas kesilapan diriku sewaktu dahulu
kini aku sedar betapa indahnya
mempunyai emak disisiku

emak……..!!!!
diriku  mengucapkan terima kasih

mendidikku
mengajarku
sehingga aku menjadi seperti sekarang
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga akhir hayatmu,

senarai ranking newspaper online di malaysia..jum kita tengok sapa menang

Bukak sahaja internet..mesti korang akan buka dulu surat khabar..baca dulu cerita hangat...betul tak lepas tu baru korang akan buka facebook..pastu blog..pastu cite tuttttt bagi yang buka la..hahahaha..kalau tak baca nanti jadi katak bawah periuk besi....hehehehehe...so harini aku nak tunjuk ranking surat khabar online  yang paling meletup di malaysia...oh panas panas..ranking ni aku tgk dekat alexa ..jadi akan ada perubahan bagi setiap masa..



korang suka baca paper x??baca-baca lah ..biar terbuka minda dengan dunia luar mahupun malaysia..



newspaper online box office



Malaysia kini >> traffic rank in Malaysia                        =13

The Star Online >> traffic rank in Malaysia                    =17

Utusan online>> traffic rank in Malaysia                         = 23

Berita harian online>>traffic rank in Malaysia                = 27

Harian metro online>>traffic rank in Malaysia                = 28

Kosmo online>>traffic rank in Malaysia                           = 40

Harakahdaily>>traffic rank in Malaysia                            = 59

Bernama.com >traffic rank in Malaysia                            =128

New Straits Times Online >> traffic rank in Malaysia     =220

The sun >>traffic rank in Malaysia                                     = 237

Daily express >> traffic rank in Malaysia                          =3953

Malaysia today>>traffic rank in Malaysia                         = 5871



jadi surat khabar yang korang minati..??

Najib berbasikal membeli nasi lemak

Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini ke udara menerusi stesen radio Hot FM di Seri Pentas dan antara lain menceritakan pengalamannya semasa kanak-kanak dan juga kehidupannya sebagai perdana menteri.

Antara pengalaman itu termasuk menunggang basikal untuk membeli makanan kegemarannya iaitu nasi lemak di Tang Ling. (baca selanjutnya)

wahh...najib memang berjiwa rakyat...

bila terkenangkan kisah dahulu..teringat diri aku ini berjalan kaki untuk membeli nasi  lemak..aku ingatkann najib nak cakap pasal program majukan rakyat atau perubahan yang akan dilakukan terhadap rakyat....aku punya tunggu la nak dengar najib berucap...kat radio..

 najib with hot fm

tidak sabar melihat pemain badminton wanita beraksi mulai 1 jun..awww..skirt oh skirt..

Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.

hohohohohoho..adoi ini macam mana...keh keh kehh




no komen...agak2 korang akan terjadi macam ini tak???

hehehe...agaknya kalau perempuan tu bertudung..tapi nak main badminton..macam ni kut..adoii


sumber pic from my mozilla

Thursday, May 5, 2011

MALAYSIA jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media

Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai Negara yang mempunyai media masa yang bebas.Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

















Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini. Freedom House, yang terletak di Washington DC, mendapati kebebasan media di seluruh dunia semakin merosot dengan hanya seorang daripada enam orang yang menghuni di negara yang mempunyai kebebasan akhbar.






Berita baik bagi Malaysia adalah ia disenaraikan di atas Singapura (150), Brunei (163), Vietnam (177), Laos (184) dan Myanmar (191). 











hoyey hoyey...kita baik lagi untuk kategori  ASEAN

                                                                  namunn...MMMMMmmmmmMMM

Wednesday, May 4, 2011

Hentikan membodohkan minda Melayu...

Rencana ni membuatkan aku tertarik untuk membacanya..dan mula memikrkan apa hendak jadi …mmmmm….bagaimana  dengan anda???masing-masing mempunyai pandangan tersendiri…ho ho ho hoii

Hentikan membodohkan minda Melayu

Pada Selasa, 26hb April 2011, tajuk utama media cetak berbahasa Inggeris, New Straits Times memaparkan berita “Nasi lemak twice a week”. Akhbar The Star pula memaparkan berita “Deadly illegal – Growing trade in illicit cigaretts costing govt billion”. Akhbar berbahasa Cina seperti China Press dan Sin Chew pula memaparkan berita risiko suntikan menguruskan badan. Akhbar berbahasa Tamil pula menceritakan tokoh agama yang cukup berpengaruh meninggal dunia.

Malangnya tajuk berita utama media cetak berbahasa Melayu,
Utusan Malaysia memaparkan tajuk utama “Anwar Lelaki Y”, Berita Harian “Lelaki Y Anwar” dan Sinar Harian “Anwar Lelaki Y”.

Akhbar bahasa Melayu mejoritinya mengambil kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tajuk utama.
 

Apakah yang menjadi keutamaan kepada berita ini?

Bukankah ia menceritakan keaiban orang Islam yang cukup meloyakan? Bukankah cerita seumpama itu sangat tidak sesuai dengan anak-anak sekolah? Bukankah cerita tersebut belum lagi diputuskan oleh mahkamah tetapi hanya dakwaan pihak pendakwa sahaja?

Soalnya mengapa ia menjadi tajuk utama? Apakah agenda disebalik isu tersebut ?

Tiada halangan jika berita aib dan meloyakan ini dimasukkan dalam berita kecil dalam akhbar seperti
 New Strait Time yang memuatkan dalam muka surat 6 dan The Star dalam muka surat 10. 

Tetapi apabila tajuk liwat diletakkan berkali-kali sebagai tajuk utama maka sebenarnya media berbahasa Melayu seolah-olah mendoktrinisasi minda orang-orang Melayu dengan isu seks.
 

Sebahagian besar pembaca media
 Utusan Malaysia, Berita Hariandan Sinar Harian adalah kelompok orang Melayu berpendidikan rendah dan tinggal di pinggir dan luar bandar. Sesetengah daripada mereka tidak berpeluang mendapat pendedahan terhadap media baru.

Saya fikir lebih wajar media arus perdana berbahasa Melayu meletakan tajuk utama mengenai dasar memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan menggantikan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Orang Melayu sudah berdepan dengan masalah sosial khususnya anak muda yang terlibat dengan masalah seks bebas, dadah, arak, anak luar nikah, sumbang mahram, VCD lucah dan lain-lain lagi.

Akhbar berbahasa Melayu seolah-olah kurang sensitif terhadap isu sosial yang sedang dihadapi oleh orang Melayu sekarang.

Secara umumnya media berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil yang pembacanya terdiri daripada kelompok Melayu kelas menengah ke atas, masyarakat Cina dan masyarakat India tidak dihidangkan dengan cerita aib dan meloyakan seperti media berbahasa Melayu.
 

Secara perbandingannya seolah-olah mereka dihidangkan dengan isu-isu yang lebih bertamadun daripada kelompok masyarakat Melayu berpendidikan rendah.
 

Saya memohon agar media arus perdana berbahasa Melayu menghentikan agenda membodohkan minda orang-orang Melayu ini. Sudah cukuplah penjajah membodohkan orang Melayu lebih 400 tahun.
 

Hidangkanlah minda semua rakyat Malaysia dengan perkara yang segar dan bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara.

minyak oo minyak ...alangkah bestnya hidup pada zaman sekarang....wau best gila..kelakar pun ada..ahahaha

Petrol RON97 naik 20 sen mulai tengah malam ini

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini, manakala RON95 kekal pada RM1.90. - Bernama


sketsa bila minyak naik harga......agak2 akan jadi macam ini tak??hehehehe






minyak salu habis ..bila nak beli kena fikir banyak kali..hahaha..

 naik basikal ini dengan family pegi shoping..save bajet minyak untuk naik kereta..disamping merapatkan sialturahim kerana  terpaksa bergilir-gilir mengayuh basikal ini..setitik peluh jatuh menunjukkan kasih sayang dalam membawa family pergi shoping


pergi round2 kampung dengan basikal...kereta semua simpan dalam rumah...bagi kucing buat tidor 



ketagih nak naik kereta...tapi minyak mahal punya pasal dapat naik macam ni pun jadi..asal nampak body kereta.


sumber uncle google..said thankz..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...