Thursday, February 24, 2011

Hahaha hohoho HEGEMONY

Hegemoni (hegemony) berasal dari perkataan Greek yang diambil dari perkataan “hegemon” yang bermaksud “pemimpin” atau “penguasa” dalam bahasa Greek. Definisi perkataan hegemony dalam bahasa Inggeris adalah bermaksuddominasi dan penguasaan satu kelompok di dalam masyarakat atau negara ke atas kelompok-kelompok yang lain”.

Hegemoni samada secara langsung atau tidak langsung, akan menyebabkan hak dan kebebasan rakyat dalam sebuah negara demokratik akan semakin terancam dan terpinggir.
Wujudnya hegemoni akan meranapkan dunia intelektual. Hasil dari hegemoni  juga akan gagal melahirkan pemikir-pemikir bertaraf dunia dan tersohor. Ini disebabkan takut untuk melahirkan idea-idea atau pemikiran atau pandangan  atau kritikan yang diluar dugaan. Malah hegemoni juga berjaya melahirkan masyarakat yang takut dengan mentaliti terkepung.

Ibaratnya, dalam permainan bola, korang  hanya dibenarkan menendang bola ketika mana bola berada di tengah padang. Apabila bola telah berjaya dibawa menghampir gawang gol lawan, korang tidak lagi dibenarkan menendang bola tersebut. Akibatnya, korang hanya kelihatan seperti bermain bola, tetapi korang tidak dibenarkan menjaringkan gol.


Satu persoalan??
Adakah dalam Negara ini wujudnya hegemoni????



3 comments:

Anonymous said...

Sudah tentulah wujud. Media massa yang dikawal oleh pemerintah. Negara ini Islam tetapi seolah-olah negara Kristian. Kenapa? Kita tidak boleh bersuara kerana ada ISA. Hehehe :p

muslim said...

hehehee..bila la nk hilng budaya hegemoni ni...

Anonymous said...

miss tira, jadi awak tak bersetuju lah ye ada penganut agam kristian di Malaysia nie?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...