BUNUH DIRI BOLEH DICEGAH
apabila kita mendengar kes bunuh diri...kita akan sekadar mendengar dan 2 3 minggu kemudian kita akan lupa pasal kes bunuh diri itu.Tetapi kita tidak pernah terpikir secara mendalam status sosial mereka yang menyebabkan mereka membunuh diri.Jadi selepas korang baca ini..bolehlah kita sama-sama menghalang gejala bunuh diri dari meningkat
gaya bunuh diri yang selalu dilihat
Bunuh Diri Boleh Dicegah
Satu kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia...jangan terkejut pula
- Di Malaysia sahaja lebih kurang 7 kes berlaku setiap hari
- Bagi setiap satu kes, 10 hingga 20 lain akan mendapat kesannya
- Kebanyakkan kes bunuh diri adalah akibat dari kemurungan yang melampau
Punca Bunuh Diri
Tidak dapat menangani tekanan akibat dari:
- Masalah perhubungan sosial
- Masalah kesihatan
- Masalah kewangan
- Pengangguran
- Masalah akademik
- Kemurungan
- Ketagihan dadah/alkohol
- Penyakit mental
Bagaimana Mengenali Seseorang Yang Berisiko Untuk Bunuh Diri?
- Seseorang yang pernah menyebut untuk membunuh diri
- Cuba membunuh diri di masa lampau
- Mempunyai ahli keluarga yang telah membunuh diri
- Mereka yang kesepian contoh balu dan orang tua
Bagaimana Mereka Boleh Dibantu?
- Ambil kira keluhan dan kata-kata mereka
- Jadi seorang pendengar yang baik..tapi jangan melawan kata mereka
- Jangan menghina mereka
- Pastikan mereka selamatJangan menjanjikan kerahsiaan bila nyawa mereka terancam
- Dapatkan bantuan pakar profesional
Sumber : Kementerian Kesihatan
7 comments:
penyakit hati pon boleh rasa mcm nak bunuh diri T__T
Orang yang memutuskan nyawa mereka sendiri tidak akan pernah cium bau syurga. Membunuh diri bukan jalan penyelesaian. Ish ish =.=
xda gunanya bunuh diri....
Semoga kita dilindungi dari godaan syaitan yang terkutuk.. (Amin).
sama2 la kita cegah kejadian sperti ini berulang
dalam Islam, bunuh diri itu berdosa besar. jadi silalah berfikiran secara matang sblm buat keputusan bunuh diri.. sia2 je hidup selama ni..
bila dah tension camni,diorang sanggup je bunuh diri
Post a Comment