Monday, February 28, 2011

apa itu demokrasi berparlimen?

Selalu kita dengar malaysia dan demokrasi berparlimen..namun masih ada yang belum tahu apa itu demokrasi berpalimen..kalau korang tidak percaya..cuba korang tanya diri korang ataupun member-member korang apa itu demokrasi berparlimen..mesti salah sorang akan cakap * tak taw la weh...pe dya menatang tu ...sambil tu tersengeh2*

Struktur Parlimen Malaysia
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong 
2. Dewan Negara 
3. Dewan Rakyat


bangunan parlimen

Sistem Demokrasi Berparlimen
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.  Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam sistem  pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan, bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit akan menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Namun ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri lebih berkuasa dari kerajaan pusat.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan terhadap  institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja melayu diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pula  adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama dalam  Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dalam Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Dengan demikian, Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam jangka masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya

Sumber: Parlimen Malaysia

Sunday, February 27, 2011

BUNUH DIRI...

BUNUH DIRI BOLEH DICEGAH


apabila kita mendengar kes bunuh diri...kita akan sekadar mendengar dan 2 3 minggu kemudian kita akan lupa pasal kes bunuh diri itu.Tetapi kita tidak pernah terpikir secara mendalam  status sosial mereka yang menyebabkan mereka membunuh diri.Jadi selepas korang baca ini..bolehlah  kita  sama-sama  menghalang gejala bunuh diri dari meningkat


gaya bunuh diri yang selalu dilihat
Bunuh Diri Boleh Dicegah
Satu kes bunuh diri berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia...jangan terkejut pula
  • Di Malaysia sahaja lebih kurang 7 kes berlaku setiap hari
  • Bagi setiap satu kes, 10 hingga 20 lain akan mendapat kesannya
  • Kebanyakkan kes bunuh diri adalah akibat dari kemurungan yang melampau


Punca Bunuh Diri
Tidak dapat menangani tekanan akibat dari:
  • Masalah perhubungan sosial
  • Masalah kesihatan
  • Masalah kewangan
  • Pengangguran
  • Masalah akademik
  • Kemurungan
  • Ketagihan dadah/alkohol
  • Penyakit mental

Bagaimana Mengenali Seseorang Yang Berisiko Untuk Bunuh Diri?
  • Seseorang yang pernah menyebut untuk membunuh diri
  • Cuba membunuh diri di masa lampau
  • Mempunyai ahli keluarga yang telah membunuh diri
  • Mereka yang kesepian contoh balu dan orang tua

Bagaimana Mereka Boleh Dibantu?
  • Ambil kira keluhan dan kata-kata mereka
  • Jadi seorang pendengar yang baik..tapi jangan melawan kata mereka
  • Jangan menghina mereka
  • Pastikan mereka selamatJangan menjanjikan kerahsiaan bila nyawa mereka terancam
  • Dapatkan bantuan pakar profesional 

Sumber : Kementerian Kesihatan

Thursday, February 24, 2011

Hahaha hohoho HEGEMONY

Hegemoni (hegemony) berasal dari perkataan Greek yang diambil dari perkataan “hegemon” yang bermaksud “pemimpin” atau “penguasa” dalam bahasa Greek. Definisi perkataan hegemony dalam bahasa Inggeris adalah bermaksuddominasi dan penguasaan satu kelompok di dalam masyarakat atau negara ke atas kelompok-kelompok yang lain”.

Hegemoni samada secara langsung atau tidak langsung, akan menyebabkan hak dan kebebasan rakyat dalam sebuah negara demokratik akan semakin terancam dan terpinggir.
Wujudnya hegemoni akan meranapkan dunia intelektual. Hasil dari hegemoni  juga akan gagal melahirkan pemikir-pemikir bertaraf dunia dan tersohor. Ini disebabkan takut untuk melahirkan idea-idea atau pemikiran atau pandangan  atau kritikan yang diluar dugaan. Malah hegemoni juga berjaya melahirkan masyarakat yang takut dengan mentaliti terkepung.

Ibaratnya, dalam permainan bola, korang  hanya dibenarkan menendang bola ketika mana bola berada di tengah padang. Apabila bola telah berjaya dibawa menghampir gawang gol lawan, korang tidak lagi dibenarkan menendang bola tersebut. Akibatnya, korang hanya kelihatan seperti bermain bola, tetapi korang tidak dibenarkan menjaringkan gol.


Satu persoalan??
Adakah dalam Negara ini wujudnya hegemoni????



Thursday, February 17, 2011

C.I.N.T.A ..betulke begini dalam negara maju


Ini apa yang aku baca tadi, di kebanyakan negara maju seperti di U.S, U.K, Eropah dan kebanyakan masyarakat moden diseluruh dunia menerima C.I.N.T.A sebagai asas penting dalam pemilihan pasangan..antara yang diperkatakan ialah::>>>


  • CINTA sebagai asas penting dalam pemilihan pasangan
  • tanpa CINTA pasangan dikatakan tidak boleh hidup bersama
  • rumah tangga tidak akan bahagia tanpa CINTA
  • tanpa CINTA perkahwinan akan berakhir dengan penceraian.....


Persoalan aku adakah semua yang dikatakan diatas adalah semua benar?? aku banyak yang setuju tapi ada satu je tak setuju..korang lak

berita oh berita...argghhh bosan

Tidak dapat dinafikan berita amat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang..tanpa berita manusia akan terpinga-pinga apa yang terjadi..sama juga dengan politik..politik amat penting dalam setiap kehidupan manusia..politik juga penting dalam menentukan daulat Negara itu sendiri..tanpa politik  rakyat  tidak akan bersatu…sapa yang kata politik tidak penting..itu lagi teruk..  tapi itu bukan yang aku nak ceritakan..tapi pasal berita..adoyaii berita yang dipersalahkan juga..

aku  bosan hendak mendengar dan melihat berita sekarang..terlalu banyak sangat cerita pasal politik membuatkan aku jadi muak pada berita..cukuplah sekadar diatas surat khabar….jangan la sampai media elektronik pun nak cerita pasal politik.. berita dah la sekejap…dekat separuh berita cerita dan tunjuk  pasal politik 3  buah negeri…cerita la benda yang lebih banyak kearah  menjana otak masyarakat supaya lebih kehadapan ke cerita pasal isu dunia  ke...ini cerita kelemahan negeri dalam Negara ini sendiri…cerita dya…pasal kedah.pinang.dan Selangor…ada je masalah yang cuba diperkecohkan secara besar-besaran..berlarutan seminggu..lepas itu senyap…cerita masalah lain pulak …kira setiap minggu ada masalah la...negeri lain bersih dari masalah ke ?? zero masalah ke??kdg2 aku tengok mcm nak melagakan kaum....jangan la over sangat..meluat masyarakat nanti….duk cerita negeri tu je…….

Last2 aku tutup..bukak internet…cari benda yang lebih manfaat untuk tahu mana yang lebih benar…aku dah la tak de astro..kesian betul aku..

Tuesday, February 15, 2011

konsert Mohsen Namjoo dibatalkan..alhamduliilah

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesahkan bahawa konsert Mohsen Namjoo yang dijadualkan pada Jumaat ini, tidak dibenarkan kerana ia tidak bersesuaian dari segi agama, budaya dan kemasyarakatan pelbagai kaum di negara ini.

NONEDalam satu kenyataan, beliau berkata permohonan daripada penganjur Jumaat lepas, ditolak hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (JK Puspal), laporBernama.

Penyanyi kelahiran Iran yang digelar 'Bob Dylan' oleh New York Times satu sejak dulu mendapat banyak tentangan daripada rakyatMalaysia kerana dikatakan menghina Islam dalam lagunya.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dilapork antara yang mendesak pembatalan konsert artis kontroversi itu.

Menurut Jamil Khir, siasatan yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan lagu-lagu penyanyi itu mempunyai unsur-unsur yang menghina al-Quran dan Islam.

"Dikhuatiri jika diteruskan (konsert) itu boleh menimbulkan ketidakharmonian masyarakat," beliau dipetik sebagai berkata kepada agensi berita nasional itu.

Mohsen, 35, dikatakan menggunakan ayat al-Quran dan menyampaikannya dalam bentuk menghina kitab suci itu. 

Pada Jun 2009, penyanyi itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh sebuah mahkamah di Iran kerana tidak menghormati kesucian agama Islam selain memperlekeh al-Quran.

Bagaimanapun beliau terlepas daripada hukuman itu kerana menetap di Vienna, Austria.





sumber malaysia kini

Sunday, February 13, 2011

menyambut valentine'S day..yeyyyy....yeyyyy



Assalamualaikum..................................
tanggal 14/2 semua orang tahu..apa dia..korang teka la                   .
ada yang gembira namun ada yang sedih..bagi aku, aku sedih kerana melihat orang melayu dan orang islam kelam kabut dengan sambutan hari itu..tatkala umat islam sedang bergolak..masih ada lagi umat islam yang  buta apa itu valentine's day..masih terlompat-terlompat dalam keseronokan hari itu..


Apa itu valentine's day..bagi masih yang tidak tahu..artikel ini aku petik dari BULETIN AT-TAQWA • BIL.9


Sejarah Permulaan Valentine’s Day

Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai  hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :

i. Valentine’s Day bermula semasa
Pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14
Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya  pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai symbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara  keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s
Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepasPope. Apabila St. Valentine menyatakan  hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu  kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang  Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang  mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.Valentine sendiri.

Hujjah dan Dalil

Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku. ” (al-Kafirun ayat 1-6) 

Demikian juga penampilan peribadi  umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :  “Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur  dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”



Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

 Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. : Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara  yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta  amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih  sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir


sumber buletin At- Taqwa bil 9

homeless suara emas jadi dj???

suara dia memang jantan..kalah suara pemberita dan dj..daripada
 seorang homeless boleh jadi terkenal..wah hebat gila mamat ni..
rambut lama dia styllo gak..hehehehe



Friday, February 11, 2011

MELAYU MUDAH LUPA..betul ke???


Asalamualaikum........Tadi aku cari bahan tentang politik untuk asigment aku...tiba2 aku tertarik dengan kata-kata yang diluahkan oleh seorang bekas pemimpin...iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad..dibawah adalah kata-katanya...Tapi aku bukanlah nak berpolitik...

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai..
.

bagi pandangan anda..adakah anda begitu??..sama-sama la kita berjuang untuk menegakkan islam dan melayu itu sendiri supaya dikagumi oleh dunia..ayohhh..janganlah kita leka lagi..


sumber: UTUSAN MELAYU (M) BHD

Thursday, February 10, 2011

jawapan bagi mengenal tempat menarik



 sekadar gambar hiasan*


Kuala Sepetang terletak di muara sungai sebelah barat negeri Perak dan berdekatan  dengan perairan Selat Melaka yang menjadi laluan penting bagi aktiviti perikanan.Tempat ini terletak dalam Daerah Larut, Matang dan Selama. Dahulunya  nama Kuala Sepetang dikenali Port Weld merupakan tempat paling sibuk bagi perdagangan bijih timah. Landasan keretapi di Port Weld - Taiping pada tahun 1885 adalah landasan yang pertama di di tanah air bagi tujuan pengangkutan bijih timah. Jadi jawapan yang membuatkan tempat ini popular  adalah disebabkan pembinaan landasan keretapi yang pertama di MALAYSIA

Kepala keretapi arang yang digunakan oleh pihak British bagi tujuan pengangkutan bijih timah  ke Port Weld pada suatu masa dahulu.*


Gerabak keretapi yang pertama telah digunakan oleh pihak kerajaan British di Malaysia semasa zaman penjajahannya. Sekadar info*





INI??? INI DINAMAKAN KERETAPI BERBAHAYA..BAGAIMANA DIORANG BOLEH BERDIRI SEPANJANG PERJALANAN DEKAT TEPI ITU..ANDA INGIN MENCUBA BOLEH KE INDIA..LEPAS ITU BOLEH KONGSI PENGALAMAN.HEHEHE





















Wednesday, February 9, 2011

KUIZ MENGENAL TEMPAT MENARIK


 Kuala sepetang  dahulunya namanya dikenali sebagai Port  Weld terletak didaerah Larut Matang dan Selama atau lebih senang bandar utamanya ialah Taiping dan  mempunyai popularnya sendiri. Oleh itu saya ingin mengemukakan soalan yang mudah dan saya yakin mesti ada yang belum tahu popularnya kuala sepetang.

Apakah yang membuatkan tempat ini popular?

jawab le hehehE
ini satu persedian pertama saya nk buat contest
tiada hadiah, cuma ingin melihat anda mengenali negara kita yang tercinta
selamat menjawab..hihihi..
kalau boleh jawab secara terus tanpa mencari sumber..baru seronok..

JAWAPAN AKAN DIBERIKAN PADA TEPAT TENGAH MALAM HARI RABU  BERGANTUNG ADA PENJAWAB ATAU TIDAK


Monday, February 7, 2011

cara lipat baju dengn mudah..TERBUKTI BENAR DAN PANTAS

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh .....Hari ini aku telah membasuh baju aku sebanyak tiga trip..jadi baju pun mesti banyak untuk dilipat..aku pun mula terpikir bagaimana hendak lipat baju yang banyak tanpa penat dan stress..haha.sebab aku memang malas bahagian lipat baju...Jadi aku pun mencapai komputer riba dan meletakannya diatas riba..aku pun search cara untuk lipat baju..(lipat baju pun guna internet..hihihi..begitu penting internet zaman sekarang..)


Ini yang aku dapat..mungkin ada yang tahu..tapi aku nak cerita jugak.HEHEHE..bagi kaum ibu..ambil  skill lipat baju ini..kemas dan cantik..sila tonton video di bawah:



Moral :Jangan malas lipat baju setelah tonton video ini

Sunday, February 6, 2011

folower yang ke 100..


Asmkm korang2 semua..hari ini dengan bestnya pada tarikh hari ini iaitu 6 februari 2011 seorang blogger iaitu siti aisyah telah menjadi folower aku yang ke 100

followers yang ke 100

Friday, February 4, 2011

kisah seterika dan cara untuk menghilangkan kesan seterika pada pakaian

Suatu ketika, sebelum wujudnya tiang elektrik..sudah tentu baju banyak ada yang berkedut..sebab hendak gosok baju elektrik tidak ada..namun masalah itu diselesaikan dengan seterika menggunakan system pebakaran arang..sungguh klasik..dan sentimental ..hehehhe.Dekat rumah aku ada sebiji..tok aku punya..kegunaan ketika eletrik tak ada..tapi aku tak berani guna..takut terbakar baju aku..jadi mak aku yang buatkan.


seterika moden


Seterika arang dibuat menggunakan tembaga dan rupanya lebih kurang dengan bentuk seterika moden sekarang..bezanya ringan 2 kali ganda... (Aku rasa semua bini orang dulu ada muscle la)....hehehe..Tempat pegang seterika dibuat dari kayu bermutu tinggi ..kalau pakai besi..pejam mata..jerit kuat2 biar sampai doktor dekat hospital dengar..hehehe.




Arang dibakar dahulu sehingga membara. Selepas itu dimasukkan ke dalam badan seterika dan ditutup. Seterika tersebut akan ditekap ke atas daun pisang terlebih dahulu (macam gambar diatas) untuk mengawal kepanasan seterika tersebut supaya bersesuaian dengan pakaian yang ingin digosok…kalau bubuh dekat baju terus..terkoyak la..(masam muka pemakai baju.)






 Seterika minyak tanah . seterika ini aku tak tau mcm mana guna..sapa yang tau tu beritahu la..hehehe)



CARA MENGHILANGKAN KESAN SETERIKA ...........>


Sumber ini aku perolehi dari satu info petua untuk menghilangkan kesan akibat seterika..info ini amat bagus untuk dikongsi..sebab ada yang masih belum tahu lagi jika terjadi perkara seperti ini...Cara menghilang kesan seterika ini boleh digunakan untuk semua jenis bencana kerosakan baju...tapi kalau dah berlubang besar..pergi buang je baju tu..hehehe..tak pun jual je kat bundle.hehehe

cara-cara:

  • ambil cuka dan campurkan dengan air biasa..mengikut nisbah sama. Contoh satu cawan cuka dengan satu cawan air.
  • cari kain tuala yang besih dan suci yang saiznya tidak perlu besar.
  • celupkan kain tuala itu tadi kedalam bekas cuka yang dicampurkan dengan air tadi.
  • letakkan kain yang dicelup dengan campuran cuka tadi diatas baju atau seluar yang rosak.
  • ambil seterika anda dan gosok pakaian yang rosak itu diatas kain tuala yang dicelup campuran cuka tadi.
  • gosok sampai anda puas hati..
  • lepas tu anda boleh senyum dengan lebar..winkk  :)



all picture credit to googel
sumber cara hilangkan kerosakan baju diambil dan diolah dari petua menghilangkan kesan seterika pada pakaian.

Thursday, February 3, 2011

khidmat layanan feri pinang..bagus ke????










Apa perasan korang ..klu korang tanya elok2 kena maki2..klu aku, rasa nak bagi penumbuk je sebiji..tp pikir sebb orang tua..kena la hormat..Cerita dya mcm ni..aku ni firstime naik feri pegi  pinang ...sebb aku ni baru ja pindah pinang..jd aku pun  tak taw cara nk guna perkhidmatan ni lagi.. al- Kisah bermula:


Aku turun dari bas ekpres berjlan dengan senyum mesra..sbb dapt balik kg.aku pun cari la dekat mana nak naik feri..akhirnya aku nmpk disebelah belakang stesen bas..aku pun berjalan relek sehabis relek...smpi kat sana ada pintu penghlng..jd kena bayar dulu...bru leh masuk..ada penjaga kat situ..

dialog  antara aku dan dia


aku            : pakcik nak naik feri ni nak kena bape ringgit..( sbb xde tulis tanda harga)
pekerja      : hang ni xpernah naik feri ka( nada marah)..seringgit dua kupang..duit syiling ja boleh..
aku            : saya tak da duit syiling..kat mana sy nk tukar..
pekerja      : hang nmpk tak kaunter tu..tu tmpat tukar duit syiling..banyak tanya tul hang ni..da      
                     tukar baru dtg sini...( suara mara2)
aku            : hei orng tua ni...stgi mkn penumbuk jgk kan..jawb elok2 xboleh ke..aku dah la penat                                            
                     ni...wat the f**k orang tua ni..( dlm hati je aku ckp..ye la tmpat dya)       
  
kalau kerja tu buat cara kerja..da tu kerja ko, jaga kaunter pintu masuk..jaga la elok2.....baru je jaga pintu blagak pulak..kpada pihak pengurusan..sila la pantau pekerja dari semasa ke semasa...biar ada displin skit..kalau pelancong datang..memalukan negara je...

Wednesday, February 2, 2011

Handphone yang paling lasak

AAaaskm..dah lama tak taip-menaip  rasanya..So masuk bulan dua  ni..inilah  post yang pertama aku..dan tajuknya ialah, aku sebuah telefon bimbit....hehehehehe..... Dalam banyak2 handphone yang korang pakai..mesti ada yang terbaik melainkan yang best dan best2..hehehe...sama la dengan aku juga...banyak2 hp..hp yang aku tunjuk dibawah ni la paling tahan lasak..kira lasak gila2 la..yang pernah aku pakai dan masih wujud dalam simpanan..yang lain jual dan rosak dan jatuh lubang jamban. hp ni lasak sebb da bnyak kali jatuh tp still boleh guna..

Ericsson T10

Handphone ni yang pertama aku pakai adalah model ericsson t10 dan line yang aku pakai time tu  ialah tm touch....skunk da tukar nama sony ericsson dan tm touch pun da xwujud .. aku pakai menatang ni waktu form 1 rasanya..kira kaya gak la aku time 2....boleh pakai hp kecik  mcm ni..dulu..hehheehe, hp pada waktu  zaman tu..makin kecik makin mahal. Zamn sekarang  makin kedabak besar, makin mahal..dunia2 ..hehehe..hp ni masih ada dalam simpanan..tapi kena cari bateri baru..umur hp ni tahun 2001 tolak 2011= 10  tahun..cukup tahun dpn aku ingat nk hantar ebay la..hehehe..ini hp paling banyak kenangan..aku syag  betul hp ni..aku brani jamin..bukan senag nk cari hp ni time zamn skunk ni..





                                                     nokia 3210                       nokia 3310

Ini hp kedua dan ketiga aku pakai..aku bli hp ni sebb hp lama aku dulu tak boleh main game..skrin nye kecik sangat..game yang paling top time ni game snake..aku ingat ag..satu kelas main game ni..buat battle sapa paling tinggi point..mujur tak punah ranap hp aku ni..hp ni masih dlam keadaan sihat walafiat..sayang ooo bli mahal2..skrang harga pun tak de..aku dah tanya kedai, kedaii pun tak nak ambik..hehehhee



Dunia semakin maju, hp pun smakin maju....skarang aku pakai hp ni, puncanya hp aku yang up to date masuk lubang tandas awam..arghhhh.. Hp ni murah dan produktif..hilang pun tak ralat..senang taip msg..jadi hubungan dengan awek pun makin baiik..sbab msg boleh bls cepat..hehehehe..jadi kalau nk tekkel awek..pakai hp ni...senang nk bls msg dye dengan laju..


ok bye2..


Aku pun tak tau knapa aku tiba2 nk tulis pasal hp ni..hehh..pelik2..HEHEHE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...