Wednesday, March 2, 2011

rasuah dan rasuah..ayoyoyo

Rasuah merupakan satu tindakan  yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah untuk dirinya sendiri. Ini kerana, apabila mengikut prosedur-prosedur biasa yang ditetapkan, dia tidak akan memperoleh apa- apa yang dikehendakinya itu. Secara umum yang mudah bagi  rasuah,  kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah ini berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al- Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi  perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut.


salam ada makna ni..hahaha


KESAN-KESAN RASUAH

Pemahaman  mengenai rasuah adalah sangat2 penting kerana kegiatan rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada siapa akan dapat meramal tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Tidak dapat dinafikan, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada golongan cerdik pandai dan profesional namun apabila kegiatan rasuah wujud dalam golongan ini ia akan  menghakis kepercayaan orang awam terhadap golongan cerdik pandai negara kita. 


Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara . contoh negara jiran yang agak dekat boleh dilihat seperti di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung



Rasuah dalam pemimpin politik mampu merosakkan kredibiliti individu itu terhadap pandangan masyarakat. Rasuah dalam politik juga mampu menjejaskan keseimbangan dan keadilan sosial dalan negara. Apabila wujudnya rasuah didalam diri  pemimpin politik ia mampu menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang sedia ada dalam negara..

jauhilah rasuah jika anda menyayangi negara kita...sekecil-kecil nilai rasuah yang diberi impak kesannya begitu tinggi terhadap negara..



logo SPRM

2 comments:

Anonymous said...

Rasuah menghapuskan keadilan. Tapi itulah realti sekarang. Selagi manusia mengejar pangkat dan kemewahan hidup selagi itulah rasuah sentiasa bergerak.

Bella said...

ok.xpe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...