Wednesday, March 23, 2011

TANDA - TANDA TERAKHIR KITA BAKAL MENGHADAPI SAKARATULMAUT


100 HARI SEBELUM KEMATIAN

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 HARI SEBELUM KEMATIAN

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 HARI SEBELUM KEMATIAN

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 HARI SEBELUM KEMATIAN

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 HARI SEBELUM KEMATIAN

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA TERAKHIR SEBELUM KEMATIAN

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Sunday, March 20, 2011

gambar-gambar kesan nuklear selepas 26 tahun..kisah di Chernobyl..

dicanangkan Malaysia akan membina teknologi nuklear 2021.Bagi aku kalau nak buat loji ini mantapkan atau majukan teknologi dalam negara kita dulu bagi ada kualiti dan improvment..nuklear ini bukan projek main2 ia perlukan teknologi yang tinggi..



bandar CHERNOBYL after nuklear  kpusshhhhh keba bom...lari-lari, help help..omg








 hendak tengok lagi... sila ikut broooomm brooom  ini

Tuesday, March 15, 2011

rosmah patut minta maaf...

kah kah kah. hahahaha..apa la punya statement dia buat...tsunami disebabkan tidak menitik beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunan.. buat malu betul..kata FLOM( first lady of malaysia) .. sedih betul..orang semua pakat kesian  dan simpati dengan keadaan jepun  boleh pula keluar statement macam  ini..memalukan betul..




Kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter.

Monday, March 14, 2011

Ratu porno selamat dalam gempa bumi

Ratu porno selamat dalam gempa bumi

MIYABI


JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.
Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.
Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.
"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
perlukah berita ini dilaporkan???hahahaha..sempoii

Sunday, March 13, 2011

pandangan bagi hang tuah dan hang jebat.

Pernah ke korang melihat cerita hang tuah ...ala lakonan P.Ramli  filem pertama malaysia yang  pakai kaler tu..korang pun mesti tahu cerita tu kan...Hang Tuah seorang pengikut yang setia walaupun raja telah mengarah dye dihukum bunuh namun Tuah masih berkhidmat setia terhadap rajanya setelah dibwa pulang oleh Tun Perak....manakala Hang Jebat pula memberontak akibat tingkah laku raja itu..kerana tanpa usul periksa Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman....akhir skali hang jebat dibunuh oleh hang tuah..walaupun hang jebat menegak kan keadilan untuk hang tuah..

jadi disini aku nak tanya sapa yang hero dalam cerita ini???.
apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita lagenda ini..???

pandangan anda dialu-alukan dan jgn takut untuk meluahkan pandangan....hehehehehe

sekadar gambar hiasan

sumber gambar dari wak google

Saturday, March 12, 2011

tidak dapat berkarya bulan ini..


     sudah hampir seminggu tidak menconteng tulisan di blog ini, terlalu buzy dengan asigment yang bertimbun..kalau tak buat fail plak...tak grade aku bulan 10 ni kalau tak buat asigment ni..hahaha..lepas siap je asigement subjek seperti dibawah ini terus aku nak menconteng blog aku ni...arghhh malehnya aku...mudah-mudahan aku mampu siap hingga hujung bulan ini....aminn....

  • kerja sosial perubatan..
  • sosiologi politik
  • sosiologi penghijrahan
  • perkawinan, keluarga dan kekerabatan
  • psikologi 2
by the way..aku simpati dengan mangsa tsunami yang terjadi di jepun..mudah-mudahan mereka tabah menghadapi dugaan..tapi yang aku risau kesan radiosi nuklear  tu...takut wehhhhh kesan dye..dengar cite malaysia pun nak wat tenaga nuklear. betul ke??.??perlukah???bagaimana dengan sistem pembuangan uranium??



Saturday, March 5, 2011

kenangan zaman bebudak rendah...dengan bas buku bergerak

taaddaa..bas buku bergerak

Kisah bermula sewaktu aku melintas dihadapan libarary UM, bukan masuk dalam libary tapi lintas je..Lepas je aku lintas terus aku teringat dengan bas buku ini.(hehehehe tergelak2 sendirian..hehehe..)..Korang pernah tak pinjam buku dari bas besar diatas ni??? Seingat aku, last aku  pinjam buku dalam bas ni dalam tahun 1997, lepas itu aku jarang nampak bas buku ni..smpai la sekarang ( bukan jarang tapi tak nampak terus)  niat aku bukan apa...buku yang aku pinjam tu masih ada dalam tangan aku lagi...ingat nak hantar balik lar..kesian kat anak-anak bangsa aku ni nak baca buku tu..hehehe...hampir 14 tahun aku peram dalam rak buku kat umah aku tu..


Rindunya aku nak masuk dalam bas ni cari buku cerita kanak-kanak....beratur panjang2 kat luar bas sebab tunggu turn untuk dapat masuk dalam bas ni. Yela, bas kecik mana boleh semua orang masuk..jadi kena ikut turn la...salunya bila turn aku je..mesti  aku wat khianat punya..saja je wat lmbt dalam bas tu..biar budak pempuan kepanasan kat luar tu..hahahaha...dekat setengah jam kdg2 aku wat ..last2 aku kena tarik telinga oleh driver bas tu..sbab saja gatai kacau bagi budak pmpuan panas kat luar tu..heheheh...lpas kejadian tu..driver suh aku masuk last sekali..hehehehe

beginila gaya aku tunggu turn dulu.
sekadar gambar hiasan*.

Friday, March 4, 2011

monolog hatiku...hohohohoho

harini aku bgitu hppy...jadi ku tujukan pantun ni untuk cinta kesayanganku..semperna aniversary... tak pnh lagi aku postkan pasal hubungan aku.. hohohohoho..jiwang aku hari ini





Sirih berlipat sirih pinang 
Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal Bismillah pembuka bicara 


Buah jambu disangka kandis 
Kandis ada di dalam cawan 
Gula madu disangka manis 
manis lagi senyuman puan 

Asam kandis mari dihiris 
Manis sekali rasa isinya 
Dilihat manis dipandang manis 
Lebih manis hati budinya 

Permata jatuh ke rumput 
Jatuh ke rumput berbilang-bilang 
Dari mata tidakkan luput 
Dalam hati tidakkan hilang 

Ribu-ribu pokok mengkudu 
Cincin permata jatuh ke ruang 
Kalau rindu sebut namaku 
Airmata mu jangan dibuang 

Bunga Melati terapung-apung 
Bunga rampai di dalam tuan 
Rindu hati tidak tertanggung 
Bilakah dapat berjumpa puan???

lagu gurindam jiwa


Wednesday, March 2, 2011

rasuah dan rasuah..ayoyoyo

Rasuah merupakan satu tindakan  yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah untuk dirinya sendiri. Ini kerana, apabila mengikut prosedur-prosedur biasa yang ditetapkan, dia tidak akan memperoleh apa- apa yang dikehendakinya itu. Secara umum yang mudah bagi  rasuah,  kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah ini berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al- Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi  perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut.


salam ada makna ni..hahaha


KESAN-KESAN RASUAH

Pemahaman  mengenai rasuah adalah sangat2 penting kerana kegiatan rasuah mampu melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada siapa akan dapat meramal tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Tidak dapat dinafikan, kemajuan sesebuah negara bergantung kepada golongan cerdik pandai dan profesional namun apabila kegiatan rasuah wujud dalam golongan ini ia akan  menghakis kepercayaan orang awam terhadap golongan cerdik pandai negara kita. 


Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara . contoh negara jiran yang agak dekat boleh dilihat seperti di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung



Rasuah dalam pemimpin politik mampu merosakkan kredibiliti individu itu terhadap pandangan masyarakat. Rasuah dalam politik juga mampu menjejaskan keseimbangan dan keadilan sosial dalan negara. Apabila wujudnya rasuah didalam diri  pemimpin politik ia mampu menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang sedia ada dalam negara..

jauhilah rasuah jika anda menyayangi negara kita...sekecil-kecil nilai rasuah yang diberi impak kesannya begitu tinggi terhadap negara..



logo SPRM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...