Pernah ke korang melihat cerita hang tuah ...ala lakonan P.Ramli filem pertama malaysia yang pakai kaler tu..korang pun mesti tahu cerita tu kan...Hang Tuah seorang pengikut yang setia walaupun raja telah mengarah dye dihukum bunuh namun Tuah masih berkhidmat setia terhadap rajanya setelah dibwa pulang oleh Tun Perak....manakala Hang Jebat pula memberontak akibat tingkah laku raja itu..kerana tanpa usul periksa Hang Tuah telah dijatuhkan hukuman....akhir skali hang jebat dibunuh oleh hang tuah..walaupun hang jebat menegak kan keadilan untuk hang tuah..
jadi disini aku nak tanya sapa yang hero dalam cerita ini???.
apakah pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita lagenda ini..???
pandangan anda dialu-alukan dan jgn takut untuk meluahkan pandangan....hehehehehe
sekadar gambar hiasan
sumber gambar dari wak google
12 comments:
Kedua-duanya adalah pahlawan lagenda yang membawa dua elemen pemikiran yang berbeza. Tuah melambangkan kesetiaan dan Jebat melambangkan revolusi baru dalam pemikiran. Tira lebih memilih Jebat dari Tuah apabila mengetahui latar belakang Hang Tuah itu. Lagipun pada Tira kesetiaan Hang Tuah itu terlalu lebih dan boleh dianggap melambangkan kaki bodek. Tira memilih Hang Jebat sebagai lambang revolusi perjuangan menentang ketidak adilan. "Raja adil raja disembah. Raja zalim raja disanggah".
ak ad bce kajian dr prof yg kaji history hang tuah ngan hang jebat nie...dah x ingat sgt tp yg die ckp sbnarnye hang jebat x dibunuh oleh hang tuah..semasa pertempuran tue, kematian hang jebat dilakonkn sbb dioank punye setiakawan..mcm tue lah..nak cter pjg dah x hingat..hehe
sepanjang pengetahuan faya lah, faya lebey prefer hang jebat coz dy ade smngt stiekawan. na d bandingkan dgn hang tuah yang bley d katekan taksub sgt dgn pmrintahan raje tuh even raje tuh zalim. tp, hang jebat pn ade klmhn dy, dy wt kacau kt istane pn ssuatu yg taley na d katekan 'baek'. na cte pepanjang faya tatau. tu jelah pndpt faya. hehehe.
bg aku..hang jebat sebagai hero..kerana telah membwa satu revolusi yg baru pada abad itu..aku rasa dye hero kerana dye punya mentaliti pemikiran dye time tu tdak sama dengan orang lain...konflik dihadapinya telah membuatkan dye berani mencetuskan revolusi
cik rimau pon ag suka jebat dianggap hero.. rase geram pon ade bila tuah bunuh jebat semata2 sebab taat kpde sultan yg mudah pcaye pd fitnah.. dah la jebat buat mcm tu sebab tuah.. haiishhh
bagi gue la kan,
hang jebat tu la yang baik
hang tuah tu terlalu taksub dgn raja
taksub x bertempat
Hang Tuah = tradisional
Hang Jebat = moden
dua-dua punya alasan tersendiri. =)
salam.sebenarnya saya rasa kita perlu melihat watak hang jebat n hatng tuah ni melalui pandangan yg berbeza-beza.kalau kita ingin menkaji aspek kesetiaan itu kita harus melihat secara umum.kita tidak boleh menuding kesalahan sepenuhnya kepada hang tuah kerana taatnya yg tidak bertempat.ini kerana hang tuah dilabel sbg gambaran org melayu yg taat dan kurang pandai yg tak bertempat hanya kerana satu kes.tetapi bagaimana ketaatan itu kita nilai secara keseluruhan.Hang jebat memang hebat dgn semangat keberanian dan kesetikawanan.mungkin jika hang jebat dpt mengambil masa untuk berfikir tentang cara lain agar keadilan dpt ditegakkan tanpa pertumpahan darah.klau hang jebat wat reformasi atau demonstrasi mungkin sultan dapat ditumbangkan.
ye saya bersetuju dengan kata saiful bakhtiar...tentang hang tuah dan jebat..dua2 mempunyai kelebihan tersendiri. namun dizaman itu ,mentaliti pemikiran dya pada zaman itu membuatkan sya kagum..sebb telah mencentuskan satu fenomena yang baru.. ...reformasi dan demontrasi adalah satu cara untuk menunjukan bantahan ataw ketidakpuasti atau cadangan. contoh mesir kita boleh lihat....kita boleh lihat di malaysia, masyarakat sivil telah memainkan peranan penting dalam mengusul segala ketidakaadilan..namun suara mereka kurang didengari disebabkan ada perkara2 yang menghalang..berbanding dengan dunia barat..masyarakat sivil merupakan peranan yang penting dalam sistem demokrasi..dan suara mereka tidak dihlang..
kalu wujud pada zaman jebat dan tuah ini demontrasi dan reformasi...wahh satu perkara yang bagus...sudah ada satu anjakan pemikiran...terima kasih diatas pandangan anda ..
Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.
Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.
Allah b'firman "taati lah rasul dn ameer(pemimpin) dikalangan kamu" ayat ke berapa tu ak x ingat .. persoalan di sini, siapa yg patut dipersalah kan ?? tuah atau jebat ?? tuah melakukan semua itu kerana hendak mentaati perintah sultan, yg mana tuhan sendiri telah b'firman utk b'buat demikian .. dlm erti kata lain tuah telah mentaati perintah Allah ..... jebat pula, dia terlalu kasih akan tuah .. dn ingin menuntut bela atas kematian tuah dn ketidakadilan raja tersebut yg m'hukum tuah tanpa usul periksa .. sbnrnya, disini terang2 jebat yg salah .. jebat telah menderhaka kepada sultan .. jebat dibunuh oleh tuah, maka di akhirat nanti jebat tidak akan dihukum .. kerana hukuman telah dijalan kn atas dunia .. daripada dihukum di akhirat, lebih baik dihukum di dunia .. pasti tidak ada siapa pn yg sanggup dihukum di akhirat ..
Post a Comment